Cinta

Cinta Itu Indah.......Cinta Itu Setia.......Cinta Itu Hebat.......Cinta Itu Hijrah.......Cinta Itu Asyik.......Cinta Itu Satu.......Cinta Itu Nikmat..

Thursday, November 18, 2010

8 Tanda anda mula jatuh cinta..:-)

Salam..hahahaa..anda sedar tak anda telah jatuh cinta???tak sedar??mari saya tunjukkan bukti..:-)


1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.


6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

haaa..kalau ada la dintara anda macam ni ketika jumpa awek,maksudnya anda telah mula jatuh cinta dengan awek tu..:-) so pe lagi next step saya ajar lain kali k..tgggguuuuuu...hihihi..Wassalam..

Membuat Cinta lebih menarik..?????

Salam..1 tahun adalah bunga cinta..2 tahun manisnya cinta..3 tahun???4 tahun??bagaimana hendak mengatakan I love U????mudah kan 3 perkataan 1 makna...mudah atau senang jom ikuti tips saya di bawah ni

1. Kirimkan lunch

Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.

2. Iklan surat khabar

Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.

Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.

3. Bukukan cinta

Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.

4. Biar jari memberi makna

Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu


5. Himpunan SMS

Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.

6. Pesanan cinta

Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.

7. Menyusun puzzle

Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.

8. Cinta dalam 100 bahasa

Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.

9. Tulis dan tampal

Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya


p/s: mudah bukan..1 makna tapi dalam pelbagai cara..macam saya selalau sebutkan..hasilkan kreativiti dalam bercinta agar Cinta anda tidak stereotaip atau same dan garisan graf hanya mendatar shj..cipta moment dan Insyallah anda jua akan merasai kepelbagaian Cinta..bak kate omputeh What U give U get back..kan..hihihi...jumpa lagi..:-) wassalam
Assalamualaikum..Doa buat yg sedang bercinta..


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

p/s: kalau boleh,mntak sekali pasangan anda bace doa ini..sesekali bace doa ini besama-sama Insyallah ketika langit dibuka,doa anda bedua makbul kan..:-)

Tuesday, November 16, 2010

Dalam Hidup Penuh Dugaan..

Dalam hidup penuh dugaan..
hadirnya kau memberi ehsan..
mula berkasih sayang..
terus menerus melirik senyuman manja..
bunga-bunga layu ditaman kian mekar kembali..
membuka kelopak di siang hari..


Dalam hidup penuh dugaan..
manusia jua menjadi igauan kata-kata..
amarah durjana membuka jalan dan perselisihan faham..
setiap yang hidup pasti mati..setiap yang hidup tidak akan kekal abadi..
persis jua sepertimu diam membisu tatkala sendu..
air laut menghempas pntai kian bergelora memberi amaran bersiap sedia



Dalam hidup penuh dugaan..makin lama makin rindu..
makin diam makin membisu..
makin sakit tak siapa yang tahu..kerna aku setia menunggu..
mengharap kasih,belai dan pujukan mesra..
setiap kali wajahmu tampil menerjah di jiwa..
dimana..disana..memberi petunjuk,memberi rintangan..
kerna dalam hidup penuh dugaan..


Mr.Love 11.50a.m 14/10/2010

Monday, September 20, 2010

Sedihnya..

Salam..hai..rasanya lama tak share dengan semua kan..suka duka dalam percintaan ni payah..kalau nk share org kate poyo..kalau tak share org tertanya-tanya kan..tapi ada 1 cerita yang nk share berkaitan rakan saya ni..:-) jom ikuti cerita ini..

Percintaan yang bermula dengan perkenalan singkat membawa kepada kebahgiaan sementara pada Syuk dan Lisa..akibat ketidakfahaman mereka akhirnya putus di tengah jalan..namun ramai tidak mengetahui akan hubungan mereka selepas itu..syuk membantu dalam setiap apa yang diperlukan Lisa..Lisa hadir meminta pertolongan di saat Syuk kembali tenang tanpa insan tersayang di sisi..kesetiaan dan kasih sayang yg Syuk bina membuatkan dia setuju membantu di mana yg mampu bagi membantu Lisa

Percaya kah anda..hubungan seperti ini mengundang pada kesakitan yang amat terhadap Syuk..kerana dia tidak boleh lagi meyentuh Lisa..memasuki ruang hati Lisa apatah lagi berbicarakan kisah mereka dahulu..mengapa Syuk begitu??masih membatu disitu membantu sedangkan dia sakit???ada beberapa kali Syuk cuba mengeratkan kembali dgn membawa kenangan2 besama dahulu..namun???hanya jawapan kasar diterima.."No Komen" "org x nk pkir la"....:-( betapa hancurnya hati Syuk..setiap apa yang diperlukan Lisa akan dia cuba perolehi dan pertahankan setiap keputusan Lisa..hanya kerana Syuk masih Mencintai Lisa..adilkah ini???segala kasih sayang dan perhatian Syuk dibalas dengan wajah biasa seperti rakan2 biasa oleh Lisa..seperti tidak mengerti akan mksd setiap pertolongan dan rasa kasih hati Syuk...setiap kali diperkatakan hasrat hati Syuk maka berakhir dngn pertelingkahan ibarat Syuk yg besalah..

Yang ingin di beritahu adalah kasih sayang Syuk kekal walaupun tiada apa petalian..Lisa hanya anggap seperti rakan biasa dan selalu mengingtkan.."org x nk bg harapan"...mmg Syuk memahaminya..namun pernahkah Lisa memahami batin hati Syuk???apa yg Syuk perlukan???sakitnya Syuk menahan kasih sayang yang x dpt ditunjukkan???adakah Lisa mengetahui???kejamnya Lisa hanya belagak biasa sedangkan Syuk pecaya bahawa ada sedikit sinar dlm hati Lisa tuk dia..namun Lisa hanya membisu..setiap itu jua Syuk kembali menangis..kesal akan perbuatannya..adakah dia yg bodoh masih membantu sedangkan Lisa tidak pun menyayanginya..cuba pembaca berikan..pertolongan masa,wang ringgit,tenaga semua diberikan..yang Syuk mahu adalah Lisa kembali kepadanya..tidak mengharap kembali apa yng telah diberi hanya cebisan kasih sayang buat dirinya terus bernafas..namun Lisa masih dgn keputusan nya..

1. Cuba letakkan anda di situasi Syuk..anda amat menyayangi Lisa dan tidak mahu dia besedih..dan anda membantu segala upaya agar dia tidak menangis..tetapi Lisa pula tidak tahu anda menangis kerana Lisa hanya pelukan pertolongan bukan dirinya.......apa yang perlu dilakukan syuk???

2. Letakkan anda di dalam Lisa..apa yang anda perlu lakukan??meminta pertolongan namun masih keras tidak membuka hati tuk Syuk...

3. Adakah ini satu situasi bodoh yang dilakukan Syuk..kembali besedih sedangkan dia boleh mampu tesenyum tnpa kehadiran Lisa..???


p/s: jikalau anda ada komen,sila berikan..x salah kita share tuk kawan saya ni..lagipun rakan saya tak ada blog..so segala komen anda tak akan dibaca olehnya..:-)

Saturday, August 14, 2010

Mengapa simpan di hati???

Assalamualaikum..kembali lagi..dah Ramadhan..salam Ramadhan buat semua..ok..kali ni tajuk nya agak general..tapi x semua mmpu buat..so sila hayati..:-) bismillah


" Sebahagian manusia merasakan kesusahan dlm dunia tu seperti masuk dalam medan perang dunia..haha..padahal mereka tetap disitu..bak berada di tempat tidur sahaja..:-) padahal kesannya hanya sakit jantung..sakit hati..anda marah jika di tinggalkan..dikecewakan..mcm harga minyak naik..marah..harga barang naik..marah..selalu shj berada dalam kegusaran dn kesedihan..

........Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka...(al-Munafiqun:4)

sebenarnya ia mudah..jangan letakkan diri anda lemah..jikalau badai melanda..anggap ia satu peperangan yang anda bakal temui..macam peperiksaaan..pe jua berlaku anda perlu ulangkaji dan hadapi exam itu..so jgn biarkan ia memanipulasi diri anda..kerana yg akan penuh hanya kesakitan..kesedihan..

cuba yakin dgn diri..dan kuatkan semngat dengan Iman..isu lain is kena percaya Iman dalam diri..jgn merasakan kita tidak berkupiah,tidak ke masjid kita tidak beriman..hadapi dengn iman yang ada dlm diri..

sedangkan orang-orang yang memiliki hati yang kuat akan sentiasa mendapatkan pertolongan dari Allah dan sentiasa yakin dengan janjiNya

....lalu menurunkan ketenangan atas mereka..(Al-Fath:18)

p/s: dengan ini cuba fahami..jgn letakkan semua di hati kita..hadapi nya dengn tenang dan iman yg sepatutnya..jgn perlu letkkan dalam hati cz ia hanya memakan diri..bagi semua nya anda yg kene fikir..:-) wallahualam..Insyallah..

Thursday, July 29, 2010

Lapan C buat laki benci pada wanita..

salam..renung2 kan...jika da dlm diri kita,so ubah la k..


CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Wednesday, July 28, 2010

Salam..ni ada sedikit info tuk kaum pompuan tuk kenal lelaki...haaa..cb nengok ada tak pada diri anda????so klu ada..berubah laa..:-)

Lelaki suka:

->Sikap kelakar
->Budi pekerti dan kesopanan
->Murah hati
->Senyuman manja
->Pandai memasak
->Pandai dalam mengenakan pakaian
->Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
->Tak mudah naik angin
->Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki
tersebut rosak
->Tak terlalu seksi dalam berpakaian
->“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
->Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
->Berwawasan atau bercita-cita tinggi
->Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
->Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang
tertekan.
->Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
->Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi

Lelaki Tak Suka:

->Wanita yang suka mengumpat
->Sombong dan bongkak
->Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
->Hisap rokok
->“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
->Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
->Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
->“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
->“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
->Wanita yang hipokrit
->Pembohong dan suka mencari alasan
->Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
->Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
->Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
->Pengotor dan pemalas
->Tak bertanggungjawab langsung
->Tak pandai mengemas
->Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
->Kuat berleter walau hal remeh temeh
->Boros berbelanja
->Tak tahu memasak

Tuesday, July 27, 2010

8 Sikap Pompuan yg Lelaki Suke..

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

kredit tu www.tentangcinta.com :-)

Wednesday, July 21, 2010

Apa itu SETIA...????

Salam..ni ada 1 lagi benda yang saya nk share dengan rakan2..sape kata setia x penting??so apa sebnarnya erti setia dalam cinta??hayati..setia is..

Semua org ckp Setia..Namun semuanya bohong..ramai diluar sane x tau apa erti setia..cayalah.. Ramai tanya..perlu ke setia???dah la tak ada ikatan yang wajib/suci/akkad..kene plak zaman moden ni..tukar2 pasangan macam tukar baju..belum tentu kita setia..pasangan nak setia..sebab itu jgaklah ramai org yang amik jalan pendek dengan cubaan bunuh diri cz kekasih tak setia..semuanya mengarut..mengapa bazirkan nyawa tuk org yg tak sayang kita???

Kesetiaan adalah sangat penting, cz kita dh terima tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Pakai makan nya kita jaga..kalau tak, tak kan luka kat jari pun antar wad kecemasan kan..(mula-mula couple..)..sedihnya kalau tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikan…?sama tak dengan penipuan…? Jangan sesuka taburkan janji jika kita tak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati..so tahan lah nafsu jgn mudah sebut "Aku cinta padamu.."


Ingatlah, hidup kita macam roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati org lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tak da guna dah Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik siyes..wanita2 yang dahagakan kesetiaan mesti mencari anda. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu even selalu je pasangan cakap jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Doa Cinta...

Salam..satu doa buat insan2 muslimin muslimat..kalau usaha saje tanpa doa usaha kite tu x diberkati..kita dh usaha..secara ghaibnya doa kite sbgai penyokong..Insyallah cinta kita kekal..Bismillah..;-)

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….


Amin Ya Rabbal Alamin..

Dakapanmu...

Salam..dh lama x updates..nanti saya updates tentang kehidupan cinta ek..ni ada 1 nukilan dari saya..based in reality..tetiba ada idea hasilkan..hayati..


Dakapanmu..

Masih ku ingat tatkala dikau menangis..
Dikau memanggil diriku dgn hati terguris..
Terpaku aku melhat insan yang kusayangi..
Sedih telus gembira menyaingi..

Jemariku kau genggam erat..
Sejuk kurus ibarat tidak beurat..
Mengapa sayang...mengapa biarkan kelopak matamu berkaca...???
Hatiku luluh pecah seperti perca..

"Sayang..jangan nangis..B kan ada..."
Dakapanmu hangat trus di dada
Terasa sebak menusuk ke setiap rongga insani..
Dikau masih kuat memeluk tubuhku ini..

Aku masih teringat masa lalu..
Setiap masa kau berikan padaku..
Tak kenal erti lelah dan jemu..
Akhirnya aku disini sendiri menunggumu..


p/s: akhirnya sang pujangga yg menjadi tempat peneman,suka duka berakhir dengan kesedihan apabila sang kirana pergi tanpa sepatah kata...:-)

Monday, July 5, 2010

Mudahnya..Cerai..Pisah..Clash..

Assalamualaikum...satu topik atau pandangan dimana kita manusia bercinta lakukan sehari-hari...benda wajib pun kita lengah2 kan..tapi benda2 mcm ni kite utamakan...

Couple adalah satu hubungan diantara 2 org...sebab tu namanya couple..maka ia tidak perlu memiliki insan ketiga...atau dikira pemusnah harapan dan kebahgiaan..namun adakah kita sedar bahawasanya mulut ini mudah sangat melepaskan Pisah..Clash..Cerai...mengapa????mengapa???adakah ini merupakan trend????

Fikir sejenak..Allah mentakdirkan dan memberi jodoh kepada kita utk kita menghargai pasangan itu sehingga ke akhir hayat,namun mengapa sedikit sahaja x kene,x btul.."Kita Clash"...Nauzubillah...mudahnya...institusi rumahtangga cthnya...makin rmai melepaskan cerai..sambil SMS je sekarang ni..bahgaimana kita hendak memupuk satu konsep kasih sayang yang berpanjangan??????

Kita mampu melepaskan Pisah,Cerai,Clash..namun penahkah anda fikirkan disebalik kata2 itu pasangan anda akan lbh jauh berbeza selepas itu...pasangan anda akan merasakan dirinya hina..saya sering kali bertanya kepada mereka2 insan2 yang bergelar wanita/lelaki yg berpasangan...murah sangat ke CINTA anda???smpai ari ni kita kapel..bsk kita clash...MURAH nya Cinta anda..apa matlamat Cinta anda????memang saya x galakkan budaya kapel..berpasangan kerana ia tidak ada dlm ajaran Islam..namun saya ingin memberi jalan terbaek utk semua dlm mencari Cinta..

Jika dilarang..makin hendak dibuat...kan...sedar2 lah wahai wanita....sedar2 lah wahai lelaki..jgn MELACURKAN cinta yg Allah beri pada anda..kuatkan semngat...tetapkan MATLAMAT cinta anda..jgn letakkan anda sebgai org yang hina dalam Cinta...Cinta itu suci...maka peliharalah ia..jangan mudah melafazkan janji namun tidak dituruti...

Budaya skandal..semakin menjadi-jadi..mengapa?????Allah kurniakan 1 hati...maka 1 cinta sahaja yg mampu kita lahirkan wahai sahabat...nilai diri anda..mampu kah anda membahagi Cinta sedangkan hati anda satu??????

Tips mengelakkan penceraian/pisah/clash

1. Terima seadanya pasangan anda..kerana segala yg ada padanya adalah ciptaan Allah
2. Beri peluang utk membuat perbincangan...lahirkan kata2 lembut dalam perbincangan
3. Muhasabah diri sebelum melafazkan sesuatu...
4. Hindari marah..sabda Rasullullah.."Apabila marah jika masa itu kau berdiri
maka duduklah.."
5. Berikan kata-kata pujian dan kenangan dalam perhubungan anda...

Insyallah anda tidak mudah melepaskan PISAH,CLASH,CERAI tanpa anda sedari 1 hari nnti anda sendiri menyesalinya...Wallahualam...

Sunday, July 4, 2010

Bagaimana hilangkan rasa sedih....

Assalamualaikum..ini merupakan 1 cara yang baik disamping satu cara mulia dan harmoni tuk ilangkan rasa sedih...

ketika umat manusia didalam keadaan sedih,gundah gulana berbuat baiklah sesama manusia...Ok..sebenarnya begini..jika kita dalam kesedihan jangan kita asyik meratapi segala kejadian yg telah lalu...kita perlu kuat tuk keluar dari kenangan silam itu...maka satu cara yang digalakkan adalah membantu atau cuba berbuat baik sesama insan yang memerlukan...

nampak pelik or ngarut je ko ni Mr.Love..hahaha..namun ia merupakan satu terapi secara rohani...bantu org lemah,lawat org sakit,mederma,kurangkan beban org yg menderita dan bantu org yang dizalimi adalah cth2 nya...nescaya ada sinar kebahgiaan yang terpancar dlm diri anda..cb fahami kata2 ini

..Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun,yang patut dibalas,hanyalah mengharapkan keredhaan Allah dan demi sesungguhnya ia tetap berpuas hati(pada hari akhirat dengan mendapat segalayang diharapkannya)...(Al-Lail:19-21)

Nampakkan bagaimana Allah/Tuha janjikan pada kita...Allah Maha berkuasa tidak akan memberi kesedihan sepanjang hidup anda..kerana Allah memebri kesedihan untuk menunjuk jalan kegembiraan...maka kita hanya perlu mencari cara untuk menggembirakan diri kita...igtlah jika anda membuat org2 lemah gembira,Allah jnjikan kebhgiaan yg lebih buat diri anda..Wallahualam..

Thursday, July 1, 2010

Cinta Ibarat Kopi

Assalamualaikum...satu kata-kata yang bleh anda beri pada rakan2 tuk kita faham erti Cinta..bismillah


"Cinta Ibarat Secawan Kopi..."


Huraiannya:
Cinta itu membawa kepada KESABARAN..biarpun berliku, dugaan mendatang, ,musuh insan ke 3,4,5...onak dan duri...kita tetap bersama-sama pasangan menempuhinya kan..mana datangnya semangat dan perasaan tuk tempuh semua itu??????jwpannya KESABARAN...Macam secawan Kopi...walaupun panas...pahit..hitam..tapi kita tetap nk rasa..kan...kita tiup bagi sejuk..kita tahan walaupun pahit...kita telan walaupun hitam..
Ini merupakan salah satu konsep percintaan...tak kira Cinta kepada apa...Allah/Tuhan..alam..haiwan..manusia...dimana kita perlu Sabar menghadapinya...kita ambil kata pepatah..

....Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai...

Maka dengan ini konsep Kopi dan Cinta perlu anda fahami...dimana tanpa didorong oleh sesiapa..kita nk menjaga pasangan kita,menyayangi,mencintai,memberi kesetiaan,melindungi,mendoakan..segala-gala tuk si dia..ini kekuatan cinta..ia tak perlu dipaksa...perasaan dan hati membawa kepada Cinta...namun saya igtkan hati juga membawa duka...maka jgn bina Cinta atas dasar nafsu semata...benar nafsu perlu ada..namun berpada..kerana nafsu akan memakan diri kita jika kita tidak mengawalnya...Wallahualam...

Wednesday, June 30, 2010

Yang lepas..biar lepas...

Bismillah...ini merupakan satu pandangan dari bacaan saya...selami pandangan ini okey..:)

Jika kita ingat masa lampau yg telah terjadi,kedukaan,kegagalan kite sama jua seperti org bodoh yang menghalang kejayaan dan menghalang kehidupan biasa..kalau kita igt masa lalu kita akan merasai kembali segala penderitaan anda ketika besama dia..segala perit anda.."pernah cuti setengah hari smpai 3 kali tuk antar dia balik umah"..pengorbanan anda akan membuat anda resah dan sedih...mengapa perlu igt masa lampau????

Allah/Tuhan pernah menunjukkan bukti mengapa kita tidak perlu mengingati masa lalu..Allah pernah binasakan umat2 terdahulu bukan..maka atasa alasan apa anda perlu berpaling????biarlah kenangan itu dipenjara,dikunci dalam ikatan paling kuat dan tanpa sezarah cahaya sekalipun mampu menembusinya...

.......Itulah umat yang telah lalu.... (Al-Baqarah:134)

Mustahil kita dapat putar kenangan lalu..percayalah rakan2..jika kita berpisah dan gagal dalam berpasangan..maka jgn lihat waktu dulu...kerana ia x kan dtg kembali jika kita sendiri tak mengingatinya..kan...so jika anda nk merasai derita or besedih sekali lagi..imbaulah masa lampau anda..dan jika anda mahu ke depan dan berfikiran rasional..maka jgn berpaling ke belakang...benar dibelakang jua ada kegembiraan..namun sekarang anda jua sedang sedih bukan..implikasinya sama jua bukan???so yang lepas biar lepas...

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lampau atau memaling wajah ke belakang...kerana angin terus berhembus ke depan,air mengalir ke depan,setiap kalifah berjalan ke depan...Oleh sebab itu jangan menyalahi sunnah kehidupan....

P/S: ada kawan2 yang sedih kan..so cb pkirkan pandangan ni..x sia2 kita membaca jika Insyallah ada petunjuk kemudian hari..Wallahualam...:)

Tuesday, June 29, 2010

Muzik Itu Cinta..

Bismillah..Assalamualaikum..pernah tak ketahui jenis2 muzik yg mampu mendamaikan seseorang???nape kalau kite sedih kiter mencari lagu2 Sentimental....klu nk happy kita carik lagu2 Rancak/Jazz..dan klu mencari unsur kesedaran kita cari Nasyid..cuba kiter fahami dan gabungkan elemen2 ni..ia kan menjadi satu hasil yg menarik dalam perkembangan Cinta..tuk kita ketahui..

Nasyid | sifat terpuji,dakwah,atau lebih mudah unsur Islam
Rock | dengan sifat keras,tegas,teguh,yakin
Jazz | rancak,lembut,damai
Sentimental | lebih kepada mendayu,muhasabah diri,kesal,jiwa halus

so dngn elemen2 ni sebenarnya kita mampu membuat satu ungkapan yg dpat membantu dlm Cinta..

"Cinta membawa Sentimental dalam jiwa...ia diberi jalan yang paling sesuai ibarat rentak Jazz namun ia perlu seteguh dan keras hentakan Rock untuk mencapai hasrat paluan dan alunan Nasyid.."


Ertinya: Dalam cinta Sentimental kita akan lebih terurus dgn sifat yg lbh lembut,berseni,jiwang atau lebih mendalam jiwa agar lebih memahami pasangan..ia diberi jalan oleh Jazz sbb sifatnya yang rancak namun lembut...dimana kita akan menyayangi pasangan dan menjaga pasangan dgn apa cara sekalipun..ia perlu seteguh Rock sbb kadang2 dugaan menimpa,kita perlu sabar dan kuatkan semangat tukl menyayangi pasangan...untuk mencapai hasrat Nasyid dimana bercinta mencari keredhaan Allah SWT...

Mudah-mudahan anda mampu berfikir..elemen2 ni mampu membantu anda...fahami muzik2 ini untuk kita memupuk sifar kecintaan yg sejati dalam diri..Wallahualam..

Monday, June 28, 2010

10 Tips bercinta...cuba selami..

Bismillah...ni merupakan tips2 yang mampu membantu anda dalam 1 perhubungan...mayb ayat nya cukup mendalam hingga sukar phm..tetapi cuba fahami secara perlahan..ada mksd2 nya..hihi...dn saya juga ada bold kan mana2 perkataan penting bagi tips ni..so enjoy reading..

1. Janganlah kau membiarkan KEMANISAN bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga YAKIN cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan NAFSUMU dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.


Macam mana???...mayb ada yg rasa x jelas kan..10 tips ini memberi pengertian mendalam tentang CINTA,NAFSU dan KEREDHAAN ALLAH/TUHAN...so jgn persiakan nikmat Cinta yg Allah cipta semata-mata tuk kepentingan sendiri..kerana betul Cinta itu milik anda dan si dia..namun secara hakikinya...jasad,nyawa dan cinta itu hanya PINJAMAN dari Allah..maka carilah Cinta yg diredhai Allah..Wallahualam..

Nikmat Allah...Syukurlah

La Tahzan ep1:Bersyukur..

Atas nikmat Allah yg memberi segala-galanya pada kita bernama manusia..tak perlu lihat sekeliling akan tetapi cuba lihat akan diri kita sendiri..ada KAKI yg mampu buat kite berjalan sedangkan ramai diluar sana tak mampu bejalan..ada MATA tuk melihat & tido sdgkn rmai yang buta dan x mampu tido akibat sengsara penyakit..ada TANGAN yang mampu membuat kerja sedangkn ramai yg kudung diluar..syukurilah nikmat Allah yg ada..Insyallah anda lbh memahami diri & dihargai..wallahualam

....sekiranya kalian menghitung nikmat Allah,nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.... (Ibrahim:34)

Ini merupakan salah satu cara bercinta..dimana setiap perhubungan perlukan Penghargaan...jika dilihat dari segi logiknya..setiap org jika dipuji maka gembira lah dia kan..maka dengan itu cara yang baik untuk belajar MENGHARGAI adalah MENSYUKURI...

Syukur ke atas segala yang datang kepada anda...cuba huraikan 1 persatu...Cinta tidak datang bergolek..ia perlukan usaha...kerana Cinta berkait antara 1 sama lain dalam kehidupan..tidak kira Cinta pada apa....Cinta pada Allah/Tuhan..Cinta pada manusia..Cinta pada kerja...Cinta pada haiwan..ia tetap Cinta...Syukuri nikmat Allah/Tuhan maka anda dapat belajar Menghargai insan yg anda cintai....

kredit to buku La Tahzan by Dr.Aidh..huraian dari Prof.Love...wallahualam..

CInta Vs Suka.....

Bismillah...ni ada sedikit cara atau petunjuk laa..secara general..x la khusus sgt smpai anda kne buat btul2..just take an info from this..wallahualam...

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.


Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.


Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.


Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.
ok..sekrang ni cb laa pkirkan sape la yang kita cintai ek...hihi...