Cinta

Cinta Itu Indah.......Cinta Itu Setia.......Cinta Itu Hebat.......Cinta Itu Hijrah.......Cinta Itu Asyik.......Cinta Itu Satu.......Cinta Itu Nikmat..

Tuesday, December 27, 2011

Dakapanmu..

Nukilan khas buat tatapan pembaca..



Assalamualaikum..sajak ciptaan Mr.Love..based in reality things...selamat membaca..

Dakapanmu..

Masih ku ingat tatkala dikau menangis..
Dikau memanggil diriku dgn hati terguris..
Terpaku aku melhat insan yang kusayangi..
Sedih telus gembira menyaingi..

Jemariku kau genggam erat..
Sejuk kurus ibarat tidak beurat..
Mengapa sayang...mengapa biarkan kelopak matamu berkaca...???
Hatiku luluh pecah seperti perca..

"Sayang..jangan nangis..B kan ada..."
Dakapanmu hangat trus di dada
Terasa sebak menusuk ke setiap rongga insani..
Dikau masih kuat memeluk tubuhku ini..

Aku masih teringat masa lalu..
Setiap masa kau berikan padaku..
Tak kenal erti lelah dan jemu..
Akhirnya aku disini sendiri menunggumu..

Manis itu sementara pahit itu kekal selamanya..

Assalamualaikum..Allah yang Maha Besar aku masih bernafas di Malaysia ini..masih mampu menulis sedikit bingkisan untuk pembaca semua..

4 hari lg dh nak masuk 2012..pe la azam korang ek..pepun azam yang aku cb lakukan is nk menjadi yang terbaek among the best...sori ayat cmpur Bi...mklum lah..zaman millenium..hihi...

Tahun ni best cz rmai kawan2 aku yg dh mendirikan umah tangga..bukan bina umah n tangga...tapi membina masjid..@Kawen laa hihi..semoga korang bhgia ke akhir hayat..doa mencintai satu sama lain aku penah post dlu..cb carik dalam post2 terdahulu ek..

Kali ni just to share fakta2 menarik tentang cinta...nk tau x???jom..

1. Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar
orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian
‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).

so korang g renung gmbar ke,hadiah yg pernah diberi ke,baju yg ada bau dia
ke,teddy bear sempena ari jadi tuk korang mahukan dia..hihi...

2. Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih
lama daripada lelaki yang tidak melakukannya.

( Ape lagi, ciumlah isteri korang x pun pelukan manja)

3. 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka
kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta
pandang pertama kot)

patut la aku kapel ngn kawan2 dlu...hahahaha....:-p

4. 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan
sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen.

ni memang bro..korang kne sebut sepenuh hati..aku pernah kne ni..ada dia kate
"Huh mcm x ikhlas jer..." hihi

5. Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon
serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang
dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang
kelihatan seperti orang gilo...hihi

6. Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis buku ‘Why We
Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang
terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus
aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak
boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

huhu betul2..ni pun jadi kt aku...pepatah melayu selalu cakap..." Dh ilang baru
lah sayang kan.." ni lah fakta nya...kite x kan sayang sgt kalau bnda tu masih
ada..dh x da baru lah menggagau..so jage lah pasangan semasa ada k...

7. Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen
orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori
matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)

hahaha..ni pada yang pyh ada jodoh ni..dia kapel dh ramai2 baru lah jumpa cinta
sejati...wahh mcm drama plak...

8. Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki
dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan,
semakin bertambah gembira mereka.

yang ni bagus cz korang kalau sedih,semua kerja x lh buat...makan x lena,tido x
basah..mandi x kenyang kan..hihi...so bina lah komitmen yang ikhlas..insyallah
ada jalan yang benar tuk korang


so ada 8 fakta menarik tentang cinta...Cinta itu mudah kalau korang mudahkan dan jgn berfikiran negatif..nk pkir soal duit,insyallah rezeki Allah ada..nk pkir jodoh,statistik kt Malaysia ni perempuan lg rmai dr lelaki...hihi...so x yah nk pusing2..makin korang kenal cinta makin korang tahu apa erti hidup di dunia...wallahualam...:-)