Cinta

Cinta Itu Indah.......Cinta Itu Setia.......Cinta Itu Hebat.......Cinta Itu Hijrah.......Cinta Itu Asyik.......Cinta Itu Satu.......Cinta Itu Nikmat..

Tuesday, December 27, 2011

Dakapanmu..

Nukilan khas buat tatapan pembaca..



Assalamualaikum..sajak ciptaan Mr.Love..based in reality things...selamat membaca..

Dakapanmu..

Masih ku ingat tatkala dikau menangis..
Dikau memanggil diriku dgn hati terguris..
Terpaku aku melhat insan yang kusayangi..
Sedih telus gembira menyaingi..

Jemariku kau genggam erat..
Sejuk kurus ibarat tidak beurat..
Mengapa sayang...mengapa biarkan kelopak matamu berkaca...???
Hatiku luluh pecah seperti perca..

"Sayang..jangan nangis..B kan ada..."
Dakapanmu hangat trus di dada
Terasa sebak menusuk ke setiap rongga insani..
Dikau masih kuat memeluk tubuhku ini..

Aku masih teringat masa lalu..
Setiap masa kau berikan padaku..
Tak kenal erti lelah dan jemu..
Akhirnya aku disini sendiri menunggumu..

Manis itu sementara pahit itu kekal selamanya..

Assalamualaikum..Allah yang Maha Besar aku masih bernafas di Malaysia ini..masih mampu menulis sedikit bingkisan untuk pembaca semua..

4 hari lg dh nak masuk 2012..pe la azam korang ek..pepun azam yang aku cb lakukan is nk menjadi yang terbaek among the best...sori ayat cmpur Bi...mklum lah..zaman millenium..hihi...

Tahun ni best cz rmai kawan2 aku yg dh mendirikan umah tangga..bukan bina umah n tangga...tapi membina masjid..@Kawen laa hihi..semoga korang bhgia ke akhir hayat..doa mencintai satu sama lain aku penah post dlu..cb carik dalam post2 terdahulu ek..

Kali ni just to share fakta2 menarik tentang cinta...nk tau x???jom..

1. Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar
orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian
‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).

so korang g renung gmbar ke,hadiah yg pernah diberi ke,baju yg ada bau dia
ke,teddy bear sempena ari jadi tuk korang mahukan dia..hihi...

2. Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih
lama daripada lelaki yang tidak melakukannya.

( Ape lagi, ciumlah isteri korang x pun pelukan manja)

3. 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka
kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta
pandang pertama kot)

patut la aku kapel ngn kawan2 dlu...hahahaha....:-p

4. 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan
sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen.

ni memang bro..korang kne sebut sepenuh hati..aku pernah kne ni..ada dia kate
"Huh mcm x ikhlas jer..." hihi

5. Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon
serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang
dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang
kelihatan seperti orang gilo...hihi

6. Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University, penulis buku ‘Why We
Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang
terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus
aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak
boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

huhu betul2..ni pun jadi kt aku...pepatah melayu selalu cakap..." Dh ilang baru
lah sayang kan.." ni lah fakta nya...kite x kan sayang sgt kalau bnda tu masih
ada..dh x da baru lah menggagau..so jage lah pasangan semasa ada k...

7. Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen
orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori
matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)

hahaha..ni pada yang pyh ada jodoh ni..dia kapel dh ramai2 baru lah jumpa cinta
sejati...wahh mcm drama plak...

8. Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki
dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan,
semakin bertambah gembira mereka.

yang ni bagus cz korang kalau sedih,semua kerja x lh buat...makan x lena,tido x
basah..mandi x kenyang kan..hihi...so bina lah komitmen yang ikhlas..insyallah
ada jalan yang benar tuk korang


so ada 8 fakta menarik tentang cinta...Cinta itu mudah kalau korang mudahkan dan jgn berfikiran negatif..nk pkir soal duit,insyallah rezeki Allah ada..nk pkir jodoh,statistik kt Malaysia ni perempuan lg rmai dr lelaki...hihi...so x yah nk pusing2..makin korang kenal cinta makin korang tahu apa erti hidup di dunia...wallahualam...:-)

Sunday, February 20, 2011

Cinta Islam

Assalamualaikum kawan-kawan..rasanya dah lame x tulis dlm blog ni..cz sekarng smbung stady..so agak terhad masa..pepun arini nk share tntg Cinta jgak..huhu..tp Cinta dlm konsep Islam..Bismillah..

Cinta merujuk pada suatu perasaan yang membuatkan seseorang itu gelodak jiwa,fokus,ghairah terhadap bnda yang disayangi..so dlm konteks cinta sesama manusia ia merupakan cinta duniawi yang Insyallah diakhiri dgn gerbang perkahwinan..

Namun ramai masih x mengerti konsep percintaan yang sebenarnya..kerana walau agama apa pun anda,tidak ada agama yang menyuruh sesuatu KECURANGAN,PERPISAHAN dan KEJAHATAN kan..so lahirkan cinta dgn suci..

Saya ambil konsep Cinta Islam..dimana konsep cinta ini paling agung kerana ia berkait rapat dgn segala peraturan dalam dunia yang diperintahkan ilahi..:-) mudah cerita kita bercinta ke jalan Allah..x salah bercinta..tetapi perlu tau batas2 nya..kenapa Islam ada KETERBATASAN????sebab Islam mengetahui akibat jika manusia melanggar keterbatasan dan had yang diperintahkan..

Satu lagi defini tuk Cinta..Cinta Yang sejati..

Cinta Sejati - Cinta yang dipenuhi keghairahan,ketulusan,kejujuran dan kesetiaan
serta menerima pasangannya Seadanya..


Jika anda semua lihat,ciri2 Cinta sejati adalah Konsep Cinta Islam..setiap manusia inginkan kejujuran kata-kata pasangannya..ketulusan pasangannya membuat sesuatu..kan..maka Cinta Islam itu yang perlu kita ikuti..Benar..Cinta itu buta..Cinta itu nafsu..Cinta itu melalaikan..dan berani saya katakan Cinta mmg ada PRO & KONTRA..


"Bukan Rupa Menjadi Utama..Namun Cinta Terpancar Dari Hati Yang Mulia"


Suka saya nyatakan,zaman kini,couple2 menjadi trend anak muda..saya x terkecuali laa..namun ia adalah satu peredaran zaman..akan tetapi peredaran zaman x bermakna kita lupa akan asal usul kita..
"Matlamat Tidak Menghalalkan Cara"
:-) maka jika anda diluar sana ada pasangan,didiklah mereka dgn Cinta Islam..cth mudah jika ingin memulakan Cinta Islam..

1.Anda pergi Dating:- masuk je waktu solat,anda akan mengajak pasangan untuk
solat..secara x langsung anda memberi pasangan anda keyakinan
bahawa pasangannya ini tepat dan mampu mendidik ke jalan yg
benar

2.Anda keluar makan:- baca kan doa utknya sbb Insyallah anda bakal menjadi ketua
keluarga bg dirinya..jika boleh selitkan doa dgn ucapan cinta
memohon cinta anda menjadi kuat kerna pintu rezeki sedang
terbuka ketika anda mengadap rezeki..:-)

Dan ada lagi konsep mudah yang anda boleh praktikkan..2 cara di atas mmg saya lakukan walaupun jodoh tidak berpanjangan..hihi..kerana sy percaya..Jodoh adalah ketentuan Ilahi..bukan kerja saya..manusia hanya mampu berusaha mempertahankan Jodoh..namun jika tidak mampu,maka redhailah kerana manusia dipenuhi KETERBATASAN dan HAd..:-) Wallahualam..



p/s: Tulisan kali ini hasil pengalaman sendiri dan based pada bacaan ilmiah..:-) Selamat Bercinta..