Cinta

Cinta Itu Indah.......Cinta Itu Setia.......Cinta Itu Hebat.......Cinta Itu Hijrah.......Cinta Itu Asyik.......Cinta Itu Satu.......Cinta Itu Nikmat..

Thursday, November 18, 2010

8 Tanda anda mula jatuh cinta..:-)

Salam..hahahaa..anda sedar tak anda telah jatuh cinta???tak sedar??mari saya tunjukkan bukti..:-)


1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.


6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

haaa..kalau ada la dintara anda macam ni ketika jumpa awek,maksudnya anda telah mula jatuh cinta dengan awek tu..:-) so pe lagi next step saya ajar lain kali k..tgggguuuuuu...hihihi..Wassalam..

Membuat Cinta lebih menarik..?????

Salam..1 tahun adalah bunga cinta..2 tahun manisnya cinta..3 tahun???4 tahun??bagaimana hendak mengatakan I love U????mudah kan 3 perkataan 1 makna...mudah atau senang jom ikuti tips saya di bawah ni

1. Kirimkan lunch

Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.

2. Iklan surat khabar

Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.

Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.

3. Bukukan cinta

Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.

4. Biar jari memberi makna

Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu


5. Himpunan SMS

Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.

6. Pesanan cinta

Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.

7. Menyusun puzzle

Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.

8. Cinta dalam 100 bahasa

Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.

9. Tulis dan tampal

Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya


p/s: mudah bukan..1 makna tapi dalam pelbagai cara..macam saya selalau sebutkan..hasilkan kreativiti dalam bercinta agar Cinta anda tidak stereotaip atau same dan garisan graf hanya mendatar shj..cipta moment dan Insyallah anda jua akan merasai kepelbagaian Cinta..bak kate omputeh What U give U get back..kan..hihihi...jumpa lagi..:-) wassalam
Assalamualaikum..Doa buat yg sedang bercinta..


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

p/s: kalau boleh,mntak sekali pasangan anda bace doa ini..sesekali bace doa ini besama-sama Insyallah ketika langit dibuka,doa anda bedua makbul kan..:-)

Tuesday, November 16, 2010

Dalam Hidup Penuh Dugaan..

Dalam hidup penuh dugaan..
hadirnya kau memberi ehsan..
mula berkasih sayang..
terus menerus melirik senyuman manja..
bunga-bunga layu ditaman kian mekar kembali..
membuka kelopak di siang hari..


Dalam hidup penuh dugaan..
manusia jua menjadi igauan kata-kata..
amarah durjana membuka jalan dan perselisihan faham..
setiap yang hidup pasti mati..setiap yang hidup tidak akan kekal abadi..
persis jua sepertimu diam membisu tatkala sendu..
air laut menghempas pntai kian bergelora memberi amaran bersiap sedia



Dalam hidup penuh dugaan..makin lama makin rindu..
makin diam makin membisu..
makin sakit tak siapa yang tahu..kerna aku setia menunggu..
mengharap kasih,belai dan pujukan mesra..
setiap kali wajahmu tampil menerjah di jiwa..
dimana..disana..memberi petunjuk,memberi rintangan..
kerna dalam hidup penuh dugaan..


Mr.Love 11.50a.m 14/10/2010