Cinta

Cinta Itu Indah.......Cinta Itu Setia.......Cinta Itu Hebat.......Cinta Itu Hijrah.......Cinta Itu Asyik.......Cinta Itu Satu.......Cinta Itu Nikmat..

Thursday, July 29, 2010

Lapan C buat laki benci pada wanita..

salam..renung2 kan...jika da dlm diri kita,so ubah la k..


CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Wednesday, July 28, 2010

Salam..ni ada sedikit info tuk kaum pompuan tuk kenal lelaki...haaa..cb nengok ada tak pada diri anda????so klu ada..berubah laa..:-)

Lelaki suka:

->Sikap kelakar
->Budi pekerti dan kesopanan
->Murah hati
->Senyuman manja
->Pandai memasak
->Pandai dalam mengenakan pakaian
->Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
->Tak mudah naik angin
->Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki
tersebut rosak
->Tak terlalu seksi dalam berpakaian
->“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
->Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
->Berwawasan atau bercita-cita tinggi
->Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
->Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang
tertekan.
->Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
->Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi

Lelaki Tak Suka:

->Wanita yang suka mengumpat
->Sombong dan bongkak
->Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
->Hisap rokok
->“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
->Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
->Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
->“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
->“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
->Wanita yang hipokrit
->Pembohong dan suka mencari alasan
->Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
->Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
->Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
->Pengotor dan pemalas
->Tak bertanggungjawab langsung
->Tak pandai mengemas
->Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
->Kuat berleter walau hal remeh temeh
->Boros berbelanja
->Tak tahu memasak

Tuesday, July 27, 2010

8 Sikap Pompuan yg Lelaki Suke..

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.


4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

kredit tu www.tentangcinta.com :-)

Wednesday, July 21, 2010

Apa itu SETIA...????

Salam..ni ada 1 lagi benda yang saya nk share dengan rakan2..sape kata setia x penting??so apa sebnarnya erti setia dalam cinta??hayati..setia is..

Semua org ckp Setia..Namun semuanya bohong..ramai diluar sane x tau apa erti setia..cayalah.. Ramai tanya..perlu ke setia???dah la tak ada ikatan yang wajib/suci/akkad..kene plak zaman moden ni..tukar2 pasangan macam tukar baju..belum tentu kita setia..pasangan nak setia..sebab itu jgaklah ramai org yang amik jalan pendek dengan cubaan bunuh diri cz kekasih tak setia..semuanya mengarut..mengapa bazirkan nyawa tuk org yg tak sayang kita???

Kesetiaan adalah sangat penting, cz kita dh terima tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Pakai makan nya kita jaga..kalau tak, tak kan luka kat jari pun antar wad kecemasan kan..(mula-mula couple..)..sedihnya kalau tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikan…?sama tak dengan penipuan…? Jangan sesuka taburkan janji jika kita tak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati..so tahan lah nafsu jgn mudah sebut "Aku cinta padamu.."


Ingatlah, hidup kita macam roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati org lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tak da guna dah Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik siyes..wanita2 yang dahagakan kesetiaan mesti mencari anda. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu even selalu je pasangan cakap jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Doa Cinta...

Salam..satu doa buat insan2 muslimin muslimat..kalau usaha saje tanpa doa usaha kite tu x diberkati..kita dh usaha..secara ghaibnya doa kite sbgai penyokong..Insyallah cinta kita kekal..Bismillah..;-)

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….


Amin Ya Rabbal Alamin..

Dakapanmu...

Salam..dh lama x updates..nanti saya updates tentang kehidupan cinta ek..ni ada 1 nukilan dari saya..based in reality..tetiba ada idea hasilkan..hayati..


Dakapanmu..

Masih ku ingat tatkala dikau menangis..
Dikau memanggil diriku dgn hati terguris..
Terpaku aku melhat insan yang kusayangi..
Sedih telus gembira menyaingi..

Jemariku kau genggam erat..
Sejuk kurus ibarat tidak beurat..
Mengapa sayang...mengapa biarkan kelopak matamu berkaca...???
Hatiku luluh pecah seperti perca..

"Sayang..jangan nangis..B kan ada..."
Dakapanmu hangat trus di dada
Terasa sebak menusuk ke setiap rongga insani..
Dikau masih kuat memeluk tubuhku ini..

Aku masih teringat masa lalu..
Setiap masa kau berikan padaku..
Tak kenal erti lelah dan jemu..
Akhirnya aku disini sendiri menunggumu..


p/s: akhirnya sang pujangga yg menjadi tempat peneman,suka duka berakhir dengan kesedihan apabila sang kirana pergi tanpa sepatah kata...:-)

Monday, July 5, 2010

Mudahnya..Cerai..Pisah..Clash..

Assalamualaikum...satu topik atau pandangan dimana kita manusia bercinta lakukan sehari-hari...benda wajib pun kita lengah2 kan..tapi benda2 mcm ni kite utamakan...

Couple adalah satu hubungan diantara 2 org...sebab tu namanya couple..maka ia tidak perlu memiliki insan ketiga...atau dikira pemusnah harapan dan kebahgiaan..namun adakah kita sedar bahawasanya mulut ini mudah sangat melepaskan Pisah..Clash..Cerai...mengapa????mengapa???adakah ini merupakan trend????

Fikir sejenak..Allah mentakdirkan dan memberi jodoh kepada kita utk kita menghargai pasangan itu sehingga ke akhir hayat,namun mengapa sedikit sahaja x kene,x btul.."Kita Clash"...Nauzubillah...mudahnya...institusi rumahtangga cthnya...makin rmai melepaskan cerai..sambil SMS je sekarang ni..bahgaimana kita hendak memupuk satu konsep kasih sayang yang berpanjangan??????

Kita mampu melepaskan Pisah,Cerai,Clash..namun penahkah anda fikirkan disebalik kata2 itu pasangan anda akan lbh jauh berbeza selepas itu...pasangan anda akan merasakan dirinya hina..saya sering kali bertanya kepada mereka2 insan2 yang bergelar wanita/lelaki yg berpasangan...murah sangat ke CINTA anda???smpai ari ni kita kapel..bsk kita clash...MURAH nya Cinta anda..apa matlamat Cinta anda????memang saya x galakkan budaya kapel..berpasangan kerana ia tidak ada dlm ajaran Islam..namun saya ingin memberi jalan terbaek utk semua dlm mencari Cinta..

Jika dilarang..makin hendak dibuat...kan...sedar2 lah wahai wanita....sedar2 lah wahai lelaki..jgn MELACURKAN cinta yg Allah beri pada anda..kuatkan semngat...tetapkan MATLAMAT cinta anda..jgn letakkan anda sebgai org yang hina dalam Cinta...Cinta itu suci...maka peliharalah ia..jangan mudah melafazkan janji namun tidak dituruti...

Budaya skandal..semakin menjadi-jadi..mengapa?????Allah kurniakan 1 hati...maka 1 cinta sahaja yg mampu kita lahirkan wahai sahabat...nilai diri anda..mampu kah anda membahagi Cinta sedangkan hati anda satu??????

Tips mengelakkan penceraian/pisah/clash

1. Terima seadanya pasangan anda..kerana segala yg ada padanya adalah ciptaan Allah
2. Beri peluang utk membuat perbincangan...lahirkan kata2 lembut dalam perbincangan
3. Muhasabah diri sebelum melafazkan sesuatu...
4. Hindari marah..sabda Rasullullah.."Apabila marah jika masa itu kau berdiri
maka duduklah.."
5. Berikan kata-kata pujian dan kenangan dalam perhubungan anda...

Insyallah anda tidak mudah melepaskan PISAH,CLASH,CERAI tanpa anda sedari 1 hari nnti anda sendiri menyesalinya...Wallahualam...

Sunday, July 4, 2010

Bagaimana hilangkan rasa sedih....

Assalamualaikum..ini merupakan 1 cara yang baik disamping satu cara mulia dan harmoni tuk ilangkan rasa sedih...

ketika umat manusia didalam keadaan sedih,gundah gulana berbuat baiklah sesama manusia...Ok..sebenarnya begini..jika kita dalam kesedihan jangan kita asyik meratapi segala kejadian yg telah lalu...kita perlu kuat tuk keluar dari kenangan silam itu...maka satu cara yang digalakkan adalah membantu atau cuba berbuat baik sesama insan yang memerlukan...

nampak pelik or ngarut je ko ni Mr.Love..hahaha..namun ia merupakan satu terapi secara rohani...bantu org lemah,lawat org sakit,mederma,kurangkan beban org yg menderita dan bantu org yang dizalimi adalah cth2 nya...nescaya ada sinar kebahgiaan yang terpancar dlm diri anda..cb fahami kata2 ini

..Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun,yang patut dibalas,hanyalah mengharapkan keredhaan Allah dan demi sesungguhnya ia tetap berpuas hati(pada hari akhirat dengan mendapat segalayang diharapkannya)...(Al-Lail:19-21)

Nampakkan bagaimana Allah/Tuha janjikan pada kita...Allah Maha berkuasa tidak akan memberi kesedihan sepanjang hidup anda..kerana Allah memebri kesedihan untuk menunjuk jalan kegembiraan...maka kita hanya perlu mencari cara untuk menggembirakan diri kita...igtlah jika anda membuat org2 lemah gembira,Allah jnjikan kebhgiaan yg lebih buat diri anda..Wallahualam..

Thursday, July 1, 2010

Cinta Ibarat Kopi

Assalamualaikum...satu kata-kata yang bleh anda beri pada rakan2 tuk kita faham erti Cinta..bismillah


"Cinta Ibarat Secawan Kopi..."


Huraiannya:
Cinta itu membawa kepada KESABARAN..biarpun berliku, dugaan mendatang, ,musuh insan ke 3,4,5...onak dan duri...kita tetap bersama-sama pasangan menempuhinya kan..mana datangnya semangat dan perasaan tuk tempuh semua itu??????jwpannya KESABARAN...Macam secawan Kopi...walaupun panas...pahit..hitam..tapi kita tetap nk rasa..kan...kita tiup bagi sejuk..kita tahan walaupun pahit...kita telan walaupun hitam..
Ini merupakan salah satu konsep percintaan...tak kira Cinta kepada apa...Allah/Tuhan..alam..haiwan..manusia...dimana kita perlu Sabar menghadapinya...kita ambil kata pepatah..

....Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai...

Maka dengan ini konsep Kopi dan Cinta perlu anda fahami...dimana tanpa didorong oleh sesiapa..kita nk menjaga pasangan kita,menyayangi,mencintai,memberi kesetiaan,melindungi,mendoakan..segala-gala tuk si dia..ini kekuatan cinta..ia tak perlu dipaksa...perasaan dan hati membawa kepada Cinta...namun saya igtkan hati juga membawa duka...maka jgn bina Cinta atas dasar nafsu semata...benar nafsu perlu ada..namun berpada..kerana nafsu akan memakan diri kita jika kita tidak mengawalnya...Wallahualam...